Thursday, September 2, 2010

kuasa tuhan :))

Dia belajar kat salah satu kolej , masa tu cuty semester . dia pun mahu pulang ke kampung di selatan tanah air . ketika sedang menunggu bas . beliau duduk di sebelah rakan karibnya yang juga mahu pulang ke kampung halaman di selatan tanah air . cuma bas mereka tidak sama .
Selepas rakannya
 naik bas tinggal lah dia bersendiri menunggu bas nya si stesen bas itu . senang menunggu tu , tiba2 ada seorang lelaki nie tersepak kerusi nya . Fuzah pun memandang lelaki itu , tiba2 mata mereka saling memandang . Dia pun terus pandang bawah dan cakap " subahanallah , aku tidak sengaja untuk merenung mata lelaki itu " . Kemudian , lelaki itu memanggil " saudari ? Awak tak Apa2 kan ?? " Fuzah pun hanya mengeleng tanpa memandang lelaki tersebut .
Tak LAma Lepas Itu , BAs Fuzah Pun Tiba , DIa pun terus mengangkat bagasi nya untuk turun ke platform basnya . Sedang Dia terkial2 mengangkat beg-begnya , lelaki tadi datang lagi , dengan niat untuk membantunya . Ketika Tu , Fuzah Cume Terdiam kerana memikirkan bagai mana hendak mengangkat beg-begnya itu , kerana masa dia datang ke stesen bas itu , kawan serumah nya yang menolongnya menangkat beg nya , tapi pada ketika itu , kawannya telah pulang kerana Fuzah bimbingkan kawannya pulang lewat malam kerana basnya sampai lewat malam , jadi dia menyuruh kawannya pulang dahulu. Sekarang, dia sendiri terkial bagaimana hendak mengangkat beg-begnya. Kemudian Dia bersuara " Maaf saya menyusahkan saudara , tapi saya benar2 perlukan pertolongan saudara " tanpa memandang lelaki tu .
Lelaki tadi pun terus mengangkat beg tersebut . Fuzah terus melangkah ke arah basnya . Ketika Sampai Di basnya , dia berkata " Cukuplah sekadar disini . terima kasih lagi yea saudara . "
Dia Pun melangkah tangga bas dan ambil kerusinya .
Dia masih termenung teringatkan saudara tersebut. Apabila tersedar dye beristighfar sambil memohon keampunan Allah kerana memikirkan bukan mahramnya.
Tiba-tiba ada seorang kanak2 datang ke arahnya sambil berkata " Assalamualaikum kak, ada abg tu, bagi akak nie. Dia KAta Semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat . Jaga diri Zaujahku "
Airmatanya mengalir secara tiba-tiba, dia terkedu, siapakan lelaki itu ? Kenapa dia kata Zaujahku kepada dia ? Macam2 Persoalan Terbit Kat HAti Dia.
DIa pun membuka kertas yang diberikan kanak-kanak tadi .
SUDIKAH AWAK MENJADI ZAUJAHKU ? MAAF KALAU TERSALAH AYAT . TAPI SAAT SAYA TERPANDANG MATA AWAK. SAYA TAHU AWAK ADALAH JODOHKU .
terselit nombor telefon di bawah helaian tersebut .
TApi yang mengejutkan , nombor telefon itu adalah nombor milik ibu kepada lelaki itu , sambil terselit p/s dibawahnya. kalau awak tak sudi, hubungi umi saya dikampung. terima kasih . Assalamualaikum . Jaga diri .
FUzah Pun terus simpan kertas tersebut dalam beg tangannya. dan cuba untuk melupakan segalanya dan perlahan melelapkan matanya .
Setibanya di kampung halaman , dia pun menyalami ibunya, serta ayahnya .
Seminggu Selepas kejadian itu , Ketika mengemas beg tangannya dia terjumpa akan kertas yang diberikan saudara yang ditemuinya tempoh hari. KEmudian dia terus menceritakan kisah itu kepada ibunya , dan ibunya menyuruh dia membuat solat istikharah .
Fuzah pun mendengar nasihat ibunya lalu membuat solat istikharah selama tiga hari berturut2 , dan ternyata lelaki itu masih muncul . dia pun percaya dengan Jodoh yang ditentukan Allah . Kemudoian dia menyuruh ibunya menghubungi nombor yang tertera pada kertas tempoh hari .
Setelah beberapa hari kemudian , Rombongan meminang dari pihak lelaki tiba .
Mereka telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz . Alhamdulillah , Fuzah Memanjat kesyukuran Atas apa yang berlalu .
Amir , Suami kepada FUzah Merupakan Seorang penuntut di Salah Satu pondok di Utara tanah air .
PAda MAlam Pertama pernikahannya .
Fuzah bertanya kepada suaminya .
" Abang , kenapa tiba2 abang melamar saya sedangkan kita tak pernah kenal ? hanya dengan terlanggar kerusi saya dan abang tolong saya angkat beg jea . Takkan abang boleh terus nak melamar saya ? "
" Sayang , Allah bukakkn pintu hati abang saat abang terpandang mata sayang . Masa tu , Hanya Allah jea Tahu Apa yang ada dalam hati abang . kalau boleh saat Tu , abang nak nikah dengan sayang Terus . Abang berdoa dalam hati , kalau benar sayang jodoh abang , permudahkan segala urusannya . Tiba2 Abang nampak sayang terkial2 nak angkat beg2 sayang tu . Abang pun mengucap syukur kepada Allah sebab abang tahu nie semua urusan Allah dan Abang percaya dengan Jodoh Allah "
Fuzah Menitiskan Airmata .
Amir menarik isterinya dan berkata " Betapa besar dugaan Abang lalui saat nak tunggu sayang terima abang. tiap malam abang bangun solat tahajud, istikharah. Kalau benar sayang jodoh abang, permudahkanlah segala urusan, sehinggalah ibu sayang telefon umi dan ceritakan segalanya. Masa Abang dapat tahu dari umi, abg terus solat syukur. Abang yakin dengan Jodoh kita sayang" sambil mencium ubun2 isterinya .
Fuzah menyalam suaminya sambil mengucapkan Terima KAsih. dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana temukan dia dengan suaminya .

# Sekarang Fuzah hidup bahagia bersama suaminya. Mereka tidak pernah kenal dan bercinta , tapi mereka hidup bahagia selepas bercinta lepas kahwin. Semoga beliau bahagia hinga akhir hayat 

No comments:

Post a Comment